Thursday 20 October 2011

tak tahan

bak kata pepatah " yang tua dihormati, yang muda disayangi"

apa pulak tiba-tiba nak berbasa-basi ni...ooo ok mungkin sebab bulan ni bulan bahasa!
nak dijadikan ceritera...tengah hari tadi..lebih kurang pkul 1 tgh hari aku bergegas ke JPJ atas urusan nak 'renew' lesen yang dah nyawa-nyawa ikan tu sekaligus nak tukar alamat..sampai ja depan pintu kaca gelap tu aku pun try la tolak pintu..ish beratnya..oh mungkin perlu ditarik..alamak tak boleh jugak. apa kes ni? pandang kiri, pandang kanan ada sorang mamat ni tengah resah gelisah depan pintu tadi sambil berpeluk tubuh.. abaikan ja..bukan mamat tu yang aku cari..ha dah jumpa..jadual waktu bekerja.. ehem ehem..hari KHAMIS rehat pukul 1 hingga 2 petang..adus! penat berkejaran dalam hujan..tutup la pulak rupanya! tak ada rezeki lagi..aku pun berpatah balik ke pagar..tiba-tiba aku disapa seorang 'mak guard'..

**dah selesai ka dik urusan?
** err belum lg..tutup ja tu
** eh tak tutup la dik..cuba tolak kuat-kuat pintu tu..ada orang gilir-gilir jaga kaunter
** oo baiklah..terima kasih kak

aku pun laju ja jalan patah balik ke pintu..mamat tadi masih berdiri ditempat yang sama..aku cuba tolak kuat-kuat..aduh tak boleh jugak..mak guard tu tipu ka..aku usaha lagi..tarik pulak kuat-kuat..jeng jeng..haha kena TARIK rupanya..mungkin aku belum makan lagi sbb tu tak larat tarik tadi..heheh..senyum sumbing ja mamat tadi..haila awat tak bagitau..susah payah aku tadi..

masa aku tengah berusaha nak main tolak tarik tadi ada sorang akak A ikot belakang aku.. aku pun masuk terus ja menonong pergi ke arah mesin nombor..treett tet tet keluar la nombor 1262..terkebil kebil mata aku.. nombor sekarang baru 1254..ok tunggu lagi 7 orang..aku pon duduk..kakak A pon lepas ambil nombor 1263 dia pun duduk la di barisan kerusi paling depan sekali sambil tunggu giliran..

tunggu punya tunggu setel la masalah pak cik yang lama lah sangat dok berurusan di kaunter tu..dah la 1 ja kaunter yang buka plus penjaga kaunter berpengalaman 2 kali sebulan bertugas di kaunter..ting tong 1255 kaunter 3..dengar la suara lunak anak sapa entah panggil giliran..ok sorang mak cik berurusan..setel 10 minit kemudian..ting tong 1256 kaunter 3..sorang kakak cun bangun pergi ke kaunter serentak dengan kakak A tadi..aik aku dah mula kepelikan..kenapa akak ni bangun..belum turn dia lagi..kakak cun tadi pon turut heran..

** eh kak..ni giliran saya.. (akak cun)
** oh maaf..no saya dah terlepas..tadi orang jaga kaunter tersilap tekan! (akak A)

^&%^*^$$@%^&
terkulat-kulat aku dan kakak cun disitu...
aku dan orang lain yang dah lama tunggu ni hangin semacam dah..
akak cun tak kasi peluang! akak A pulak mengalah tapi masih BERDIRI di kaunter....
setel ja urusan akak cun 5 min kemudian, zap! akak A terus sambar makcik jaga kaunter...huhuhuhu berapi la aku...
gila alasan tak boleh pakai!!!! orang lain penat tunggu giliran..akak A selamba ja potong SAYOQ! 
eeee geram!siap beramah mesra lagi di kaunter..macam regular customer pulak..kenal semua orang kerja kat situ.apa apa pun mungkin akak A lupa itu bukan ofis dia yang punya! tapi aku diamkan saja..geram dalam hati..muka dah tegang tahap boleh kawal lagi.. 
 ok aku barapi tapi boleh bersabar..kenapa ya??

ni kisah disebalik tabir..masa tengah angin akak A memotong giliran tiba-tiba ekor mata aku dapat tangkap bayang-bayang warna putih dan tangan manusia dari belakang perlahan-lahan  landing disebelah kerusi aku.. jeng jeng aku pun terus berpaling...kertas angka giliran..nombor 1258...aku pun cepat-cepat cari siapakah pemilik tangan itu..pusing ja ke arah pintu rupa-rupanya tangan tadi milik mamat yang resah didepan pintu..dia dah tak boleh tahan sabar..ada hal yang lebih penting barangkali..

aku pandang angka 1258..kemudian angka 1262 silih berganti..ish rezeki ni..mamat tadi nak tolong aku ni..rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.hah  tak payah fikir banyak..laju ja aku capai kertas kecik tu dan ubah tempat ke barisan paling depan!

10 minit kemudian..
ting tong...1258 kaunter 3

**ya dik..ada apa
**saya nak renew lesen dan nak tukar alamat!