Tuesday 21 February 2012

sehidup semati

sejak dua menjak ni terasa berbunga-bunga ja hati. senyum sentiasa (hehe bagus kan buat sedekah, top up amalan yang tak banyak mana tu). pegang telefon bimbit pun selalu jugak. keke tengah bahagia la katakan, insyaAllah mudah-mudahan bahagia selamanya. sedang asyik menghitung hari yang tinggal berapa hari ja lagi ni terasa macam-macam perasaan bermain dalam hati dan fikiran. ada yang BEST ada jugak yang TAK BEST. tapi tak terzahir di riak muka aku dan tak terluah dek kata-kata. seribu satu macam.confius jugak, semua orang yang nak ke alam rumahtangga akan terasa macam ni ka?? ya Allah jauhilah perkara-perkara yang TAK BEST  dari bermain dihatiku. syoh pi main jauh-jauh la setannnn!!!!

"perkahwinan adalah salah satu terapi jiwa" hehe gittew! ni falsafah sendiri bikin.. tapi rasa macam logik ja kan. saling lengkap-melengkapi, hormat menghormati, kasih mengasihi dan macam-macam lagi. yang paling penting orang selalu cakap nak sehidup semati. yang tu susah la kan. ajal maut ditangan Allah. mana boleh kita mintak nak hidup dan nak mati bersama-sama orang yang kita sayang melainkan Allah dah tentukan macam tu.

aku ada terbaca satu blog, (farahlee) hehe minat pulak dengan blog dia.dia cerita tentang kisah jiran sekampung  dia yang sangat menyentuh hati dan sekaligus baru aku faham apa yang dimaksudkan dengan sehidup semati. bukan macam dalam TITANIC tu, you jump i jump! itu kerja gila namanya. erm kalau nak tau kisah penuh kena la baca blog farahlee sendiri. aku pendekkan jelah.

ada satu pasangan tua ni, pakcik samat dan makcik senah (bukan nama sebenar), kemana-mana pergi pun mesti nak berdua, mesra ja lagaknya walaupun dah tua. memang pasangan merpati sejoli lah. sehingga tiba saat dan ketikanya makcik senah pun dijemput Allah terlebih dahulu. bersedihlah pakcik samat seorang. tetapi pakcik samat tetap nampak cool. selepas kematian makcik senah, pakcik samat mesti akan pergi ke tanah perkuburan untuk ziarah makcik senah. hari-hari dan tak pernah sekali pun miss.sampai orang-orang kampung dah tau tiap-tiap pagi lepas sembahyang subuh mesti akan nampak kereta pakcik samat kat tepi kubur. begitulah setianya pakcik samat.berjanji sehidup semati dengan makcik senah. walaupun makcik senah dah meninggal, pakcik samat tetap akan pergi membacakan ayat-ayat suci untuk isterinya tu. tak pernah putus. alangkah bertuahnya makcik senah. janji yang dimetrai bersama suaminya suatu ketika dulu tidah pernah dimungkiri oleh suaminya. mereka tetap sehidup semati.

berdoalah untuk sentiasa sehidup semati dengan pasangan kita. Allah maha pengasih dan maha penyayang. maha mendengar doa-doa kita. amin

Wednesday 9 November 2011

gigit

trust me! everybody are not perfect..

hehe memang pun..dan semua orang mesti ada satu atau dua atau tiga atau beberapa perkara yang samada akan jadi rutin atau akan dibuat pada masa-masa tertentu saja..dan perkara-perkara ni kadang-kadang si pelaku pun tak perasan bahawa perbuatan dia tu sebenarnya dah jadi habbit.. 

ok GOOD habbit and BAD habbit..that's normal.

pernah tak perasan kelakuan korang atau kawan-kawan korang atau sedara-sedara korang yang pelik-pelik atau yang pelik bagi korang tapi biasa bagi orang lain?? tengah tgk tv mesti kena ada jajan, masuk toilet mesti bawa handphone, sebelum tidur cabut-cabut rambut, tengah jawab soalan exam gigit-gigit jari, bawa kereta buka kasut, buka kasut mesti nak cium bau kaki, bila gabra goyang-goyang kaki atau patah-patahkan jari dan macam-macam lagi..semput kalau nak senarai semua kat sini..

semua yang tersenarai tadi tu sebahagian yang den sempat observed..tu namanya habbit..sebab bukan semua orang akan buat macam tu..hehe nampak yang buruk-buruk ja kan..sebab biasanya GOOD habbit ni orang tak akan pandang pelik!

hehehe apa GOOD habbit or BAD habbit yang korang ada?

me??? errr gigit jari den nak pikir!!

hahaha kantoi la sudah bad habbit den..

Tuesday 1 November 2011

strangers

 "there're times when strangers are like family, and family are like strangers"

Thursday 20 October 2011

tak tahan

bak kata pepatah " yang tua dihormati, yang muda disayangi"

apa pulak tiba-tiba nak berbasa-basi ni...ooo ok mungkin sebab bulan ni bulan bahasa!
nak dijadikan ceritera...tengah hari tadi..lebih kurang pkul 1 tgh hari aku bergegas ke JPJ atas urusan nak 'renew' lesen yang dah nyawa-nyawa ikan tu sekaligus nak tukar alamat..sampai ja depan pintu kaca gelap tu aku pun try la tolak pintu..ish beratnya..oh mungkin perlu ditarik..alamak tak boleh jugak. apa kes ni? pandang kiri, pandang kanan ada sorang mamat ni tengah resah gelisah depan pintu tadi sambil berpeluk tubuh.. abaikan ja..bukan mamat tu yang aku cari..ha dah jumpa..jadual waktu bekerja.. ehem ehem..hari KHAMIS rehat pukul 1 hingga 2 petang..adus! penat berkejaran dalam hujan..tutup la pulak rupanya! tak ada rezeki lagi..aku pun berpatah balik ke pagar..tiba-tiba aku disapa seorang 'mak guard'..

**dah selesai ka dik urusan?
** err belum lg..tutup ja tu
** eh tak tutup la dik..cuba tolak kuat-kuat pintu tu..ada orang gilir-gilir jaga kaunter
** oo baiklah..terima kasih kak

aku pun laju ja jalan patah balik ke pintu..mamat tadi masih berdiri ditempat yang sama..aku cuba tolak kuat-kuat..aduh tak boleh jugak..mak guard tu tipu ka..aku usaha lagi..tarik pulak kuat-kuat..jeng jeng..haha kena TARIK rupanya..mungkin aku belum makan lagi sbb tu tak larat tarik tadi..heheh..senyum sumbing ja mamat tadi..haila awat tak bagitau..susah payah aku tadi..

masa aku tengah berusaha nak main tolak tarik tadi ada sorang akak A ikot belakang aku.. aku pun masuk terus ja menonong pergi ke arah mesin nombor..treett tet tet keluar la nombor 1262..terkebil kebil mata aku.. nombor sekarang baru 1254..ok tunggu lagi 7 orang..aku pon duduk..kakak A pon lepas ambil nombor 1263 dia pun duduk la di barisan kerusi paling depan sekali sambil tunggu giliran..

tunggu punya tunggu setel la masalah pak cik yang lama lah sangat dok berurusan di kaunter tu..dah la 1 ja kaunter yang buka plus penjaga kaunter berpengalaman 2 kali sebulan bertugas di kaunter..ting tong 1255 kaunter 3..dengar la suara lunak anak sapa entah panggil giliran..ok sorang mak cik berurusan..setel 10 minit kemudian..ting tong 1256 kaunter 3..sorang kakak cun bangun pergi ke kaunter serentak dengan kakak A tadi..aik aku dah mula kepelikan..kenapa akak ni bangun..belum turn dia lagi..kakak cun tadi pon turut heran..

** eh kak..ni giliran saya.. (akak cun)
** oh maaf..no saya dah terlepas..tadi orang jaga kaunter tersilap tekan! (akak A)

^&%^*^$$@%^&
terkulat-kulat aku dan kakak cun disitu...
aku dan orang lain yang dah lama tunggu ni hangin semacam dah..
akak cun tak kasi peluang! akak A pulak mengalah tapi masih BERDIRI di kaunter....
setel ja urusan akak cun 5 min kemudian, zap! akak A terus sambar makcik jaga kaunter...huhuhuhu berapi la aku...
gila alasan tak boleh pakai!!!! orang lain penat tunggu giliran..akak A selamba ja potong SAYOQ! 
eeee geram!siap beramah mesra lagi di kaunter..macam regular customer pulak..kenal semua orang kerja kat situ.apa apa pun mungkin akak A lupa itu bukan ofis dia yang punya! tapi aku diamkan saja..geram dalam hati..muka dah tegang tahap boleh kawal lagi.. 
 ok aku barapi tapi boleh bersabar..kenapa ya??

ni kisah disebalik tabir..masa tengah angin akak A memotong giliran tiba-tiba ekor mata aku dapat tangkap bayang-bayang warna putih dan tangan manusia dari belakang perlahan-lahan  landing disebelah kerusi aku.. jeng jeng aku pun terus berpaling...kertas angka giliran..nombor 1258...aku pun cepat-cepat cari siapakah pemilik tangan itu..pusing ja ke arah pintu rupa-rupanya tangan tadi milik mamat yang resah didepan pintu..dia dah tak boleh tahan sabar..ada hal yang lebih penting barangkali..

aku pandang angka 1258..kemudian angka 1262 silih berganti..ish rezeki ni..mamat tadi nak tolong aku ni..rezeki jangan ditolak,musuh jangan dicari.hah  tak payah fikir banyak..laju ja aku capai kertas kecik tu dan ubah tempat ke barisan paling depan!

10 minit kemudian..
ting tong...1258 kaunter 3

**ya dik..ada apa
**saya nak renew lesen dan nak tukar alamat!

Thursday 1 September 2011

Angin

ok tak ada mukadimah..aku main serbu ja kali ni..dah tak nyempat-nyempat dah ni nak cerita..

pagi tadi masa tengah ready nak breakfast kat kampungku yang tercinta lagi permai nun jauh di sungai dua Pulau Pinang, tiba-tiba aku rasa tercekik bila dengar nama aku disebut-sebut dalam perbualan yang semuanya melibatkan orang-orang tua..ok aku yang curi-curi dengar..haha tak da hal la tu kan setakat pasang telinga sikit-sikit..nak-nak bila diri sendiri terlibat sama..dalam perbualan yang kadang-kadang jelas kedengaran dan kadang-kadang tak dengar lansung tu telinga aku ada terdengar mak aku sebut aku ni unsur angin sebab aku anak ke empat..

hah unsur angain? kepala angin kah? berangin kah? atau apakah?

maka aku pun dengan perasaan ingin tahu yang sangat tinggi dengan segera mencapai lappy hitam legam berkilat ni untuk bertanya pada enjin pencarian yang serba tahu..lalu aku pun google-google la kata kunci yang bersesuaian dengan unsur angin tadi.. ok inilah hasilnya..

Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Mudah disukai ramai
  • Tidak suka membantah, malah cukup mendengar kata


lalu aku pun ..ha ha ha

Friday 26 August 2011

telan air liur

bulan puasa yang mulia ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga ja, tapi tahan nafsu jugak..kalau berjaya tahan nafsu maka boleh la nak beraya sakan kan! hehe maknanya dah lepas ujian..ingat lagi pesan ustaz masa sesi tazkirah dulu..

tapi bulan baik ni ada ja benda yang susah nak control..salah satunya nafsu 'amarah'..nafsu marah la tu!haish nak marah la ni..

dua minggu pertama memang cool ja..tak ada sapa pun yang usik jiwa aku..tapi masyuk minggu ke tiga......hmpf hmpf...kembang kempis hidungku yang tak berapa mancung ni..tahan marah..ada pulak org yang usik jiwa aku yang halus mulus ni..marah la aku..tengok..kan dah kurang pahala puasa..

marah bersebab..sebab apa x payah la nak story kat sini..korang tak paham pun nanti..huh cari pasal betul la.. ada unsur-unsur baran sebenarnya aku ni..cari pasal tak kena masa memang buruk akibatnya..mintak maaf??? oh tidak la..pandai makan pandai simpan..pandai cari pasal pandai-pandai la pujuk balik..nak tunggu raya baru mintak maaf???? ok tak kisah..tapi kalau tak sempat????

gulp! telan air liur terasa berpasir kan...




Sunday 31 July 2011

menariknya puasa

ahlan wa sahlan ya ramadhan..

maknanya dah setahun dah la..ganti pun dah selamat dan cukup.. so harap-harap tahun ni dapat lagi berpuasa sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini..bila sampai bulan ramadhan, maka banyak perkara yang menarik akan berlaku, yang jarang-jarang kita nak buat atau memang tak boleh buat pada bulan lain..

ya..bulan puasa kita akan bangun awal pagi untuk bersahur..bukan susah pun, seteguk air dah cukup. pahala pun dapat..

petang pulak mula la kita sibuk-sibuk nak pergi ke bazar ramadhan..rambang mata jadinya..semua makanan pun nak makan, nak beli..penuh plastik kiri kanan bawa juadah nak berbuka..selera bukan main besaq! tapi bila berbuka makan tak seberapa..bazir ja lebih..atau kes lagi satu makan sampai tak ingat..semua nak makan..macam hari esok dah tak ada..then jadi la ular sawa..dah x boleh tarawih..tapi part berbuka memang best..ramai-ramai akan berkumpul, baca doa buka puasa dan makan sama-sama..meriah..

lepas berbuka pulak agenda seterusnya ialah pergi masjid atau surau terdekat untuk tarawih..yang ni special..tak ada pada bulan-bulan lain..bulan ramadhan ja ada.. hehe yang bestnya cari surau atau masjid yang imam nya baca cepat..baru semangat..balik tarawih boleh rehat....

macam tu lah kitarannya selama sebulan..nak tambah amalan boleh la bertadarus..zakat fitrah jangan lupa pulak..nak mensucikan diri kita tu..

ada lagi yang menarik..bulan puasa ni kita tak payah takut..hantu setan semua dah kena ikat..kalau termengumpat jugak maknanya tu bukan setan la tu..itu memang da habbit la tu!! insaf-insaf la mummy jarum oiii..

part nak habis puasa dan preparation raya tak mau sentuh lagi..baru start puasa..takkan dah kalut nak raya..apa-apa pun yang penting mintak maaf dulu dengan Allah, family dan semua orang sebelum puasa..barulah puasa kita bertambah berkat..mudah-mudahan la..

most important thing..NIAT dulu ye..jom niat


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.