Tuesday 21 February 2012

sehidup semati

sejak dua menjak ni terasa berbunga-bunga ja hati. senyum sentiasa (hehe bagus kan buat sedekah, top up amalan yang tak banyak mana tu). pegang telefon bimbit pun selalu jugak. keke tengah bahagia la katakan, insyaAllah mudah-mudahan bahagia selamanya. sedang asyik menghitung hari yang tinggal berapa hari ja lagi ni terasa macam-macam perasaan bermain dalam hati dan fikiran. ada yang BEST ada jugak yang TAK BEST. tapi tak terzahir di riak muka aku dan tak terluah dek kata-kata. seribu satu macam.confius jugak, semua orang yang nak ke alam rumahtangga akan terasa macam ni ka?? ya Allah jauhilah perkara-perkara yang TAK BEST  dari bermain dihatiku. syoh pi main jauh-jauh la setannnn!!!!

"perkahwinan adalah salah satu terapi jiwa" hehe gittew! ni falsafah sendiri bikin.. tapi rasa macam logik ja kan. saling lengkap-melengkapi, hormat menghormati, kasih mengasihi dan macam-macam lagi. yang paling penting orang selalu cakap nak sehidup semati. yang tu susah la kan. ajal maut ditangan Allah. mana boleh kita mintak nak hidup dan nak mati bersama-sama orang yang kita sayang melainkan Allah dah tentukan macam tu.

aku ada terbaca satu blog, (farahlee) hehe minat pulak dengan blog dia.dia cerita tentang kisah jiran sekampung  dia yang sangat menyentuh hati dan sekaligus baru aku faham apa yang dimaksudkan dengan sehidup semati. bukan macam dalam TITANIC tu, you jump i jump! itu kerja gila namanya. erm kalau nak tau kisah penuh kena la baca blog farahlee sendiri. aku pendekkan jelah.

ada satu pasangan tua ni, pakcik samat dan makcik senah (bukan nama sebenar), kemana-mana pergi pun mesti nak berdua, mesra ja lagaknya walaupun dah tua. memang pasangan merpati sejoli lah. sehingga tiba saat dan ketikanya makcik senah pun dijemput Allah terlebih dahulu. bersedihlah pakcik samat seorang. tetapi pakcik samat tetap nampak cool. selepas kematian makcik senah, pakcik samat mesti akan pergi ke tanah perkuburan untuk ziarah makcik senah. hari-hari dan tak pernah sekali pun miss.sampai orang-orang kampung dah tau tiap-tiap pagi lepas sembahyang subuh mesti akan nampak kereta pakcik samat kat tepi kubur. begitulah setianya pakcik samat.berjanji sehidup semati dengan makcik senah. walaupun makcik senah dah meninggal, pakcik samat tetap akan pergi membacakan ayat-ayat suci untuk isterinya tu. tak pernah putus. alangkah bertuahnya makcik senah. janji yang dimetrai bersama suaminya suatu ketika dulu tidah pernah dimungkiri oleh suaminya. mereka tetap sehidup semati.

berdoalah untuk sentiasa sehidup semati dengan pasangan kita. Allah maha pengasih dan maha penyayang. maha mendengar doa-doa kita. amin