Sunday 31 July 2011

menariknya puasa

ahlan wa sahlan ya ramadhan..

maknanya dah setahun dah la..ganti pun dah selamat dan cukup.. so harap-harap tahun ni dapat lagi berpuasa sepanjang bulan ramadhan yang mulia ini..bila sampai bulan ramadhan, maka banyak perkara yang menarik akan berlaku, yang jarang-jarang kita nak buat atau memang tak boleh buat pada bulan lain..

ya..bulan puasa kita akan bangun awal pagi untuk bersahur..bukan susah pun, seteguk air dah cukup. pahala pun dapat..

petang pulak mula la kita sibuk-sibuk nak pergi ke bazar ramadhan..rambang mata jadinya..semua makanan pun nak makan, nak beli..penuh plastik kiri kanan bawa juadah nak berbuka..selera bukan main besaq! tapi bila berbuka makan tak seberapa..bazir ja lebih..atau kes lagi satu makan sampai tak ingat..semua nak makan..macam hari esok dah tak ada..then jadi la ular sawa..dah x boleh tarawih..tapi part berbuka memang best..ramai-ramai akan berkumpul, baca doa buka puasa dan makan sama-sama..meriah..

lepas berbuka pulak agenda seterusnya ialah pergi masjid atau surau terdekat untuk tarawih..yang ni special..tak ada pada bulan-bulan lain..bulan ramadhan ja ada.. hehe yang bestnya cari surau atau masjid yang imam nya baca cepat..baru semangat..balik tarawih boleh rehat....

macam tu lah kitarannya selama sebulan..nak tambah amalan boleh la bertadarus..zakat fitrah jangan lupa pulak..nak mensucikan diri kita tu..

ada lagi yang menarik..bulan puasa ni kita tak payah takut..hantu setan semua dah kena ikat..kalau termengumpat jugak maknanya tu bukan setan la tu..itu memang da habbit la tu!! insaf-insaf la mummy jarum oiii..

part nak habis puasa dan preparation raya tak mau sentuh lagi..baru start puasa..takkan dah kalut nak raya..apa-apa pun yang penting mintak maaf dulu dengan Allah, family dan semua orang sebelum puasa..barulah puasa kita bertambah berkat..mudah-mudahan la..

most important thing..NIAT dulu ye..jom niat


نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



Wednesday 27 July 2011

jom khayal

setelah bertahun tahun mengembara bersama sama imaginasi puan J.K Rowling akhirnya sampai jugak ke penghujungnya. pergh!!!! mantap lagi hebat la beliau ni, boleh imagine sampai ke tahap tu. bukan calang-calang orang yang mampu berimaginasi macam beliau. di tambah pulak dengan kebolehan mengarang cerita dengan sangat baik,plot yang mantap, watak-watak hebat dan jalan cerita yang mengagumkan. I wish i can be like her! 
**** IMAGINATION IS VERY POWERFUL****

huhuhu memang benar! sangat benar. dengan hanya berimaginasi seseorang itu boleh mengubah dan berubah serta boleh mencipta sesuatu yang baru!

orang-orang yang hebat dan feymes kat dunia ni memang suka khayal! suka imagine macam-macam atau perkataan yang lagi canggih suka fikir OUT OF BOX! contohnya beliau ini lah..J.K Rowling ni, imaginasi dah mengubah nasib hidup beliau. same goes to Albert Einstein. padahal asalnya dia ni terkenal dengan kebodohan tahap cikgu dah tak boleh sabar lagi dah. plus beliau seorang yang Dyslexia! tup-tup bertukar jadi bijak! kenapa tiba2? sebab beliau ini suka berimaginasi.

jom kita khayal!