Monday 20 June 2011

chillax!

Baru merasa nak goyang-goyang kaki tiba-tiba keja turun mencurah-curah dari langit...huhuhu tapi aku senyum ja..buat-buat macam takda hal la..semua boleh setel..
ataupun istilah lainnya chillax...

ni la hasilnya bila kita buat-buat chill plus relax

buat-buat kalut pun takda guna jugak..
otak tak boleh nak fikir pun..
so tak payah la korang nak buat-buat terkejar kesana kemari sambil pegang itu ini..
tu semua konon-konon ja..
baik korang CHILLAX..lagi baik..
idea berdesap-desup nanti..
masa tu korang boleh buat-buat kalut
ataupun memang sangat kalut!

Wednesday 15 June 2011

Kadang-kadang

Ya kali ni masuk ja entri baru aku terus start dengan 'kadang-kadang'..
ini perkara benar..diulang perkara benar..
kadang-kadang kita tak sedar benda ni..
atau apa-apa benda yang berlaku disekeliling kita..
hah sekarang ni hidup serumah pun da pakai prinsip 'kau-aku'..
apatah lagi dengan masyarakat!
"hal kau, hal kau la..jangan sibuk-sibuk-sibuk hal aku"

okey..tak mahu terlalu serius..

cuba kita lihat perubahan diri kita..ada ke tak?
haha kadang-kadang memang kita tak nampak atau tak terperasan pun apa yang berubah..
kadang-kadang orang lain yang tolong bagitau..
jangan la korang sembur pulak orang tu..da elok-elok dia bagitau korang..jujur pulak tu..sekali korang sembur pulak.. memang la mencari nahas namanya..
temperature boleh naik ooo..
seelok-eloknya kita cuba terima apa yang orang lain cuba sampaikan..
jangan dok syok sendiri pulak sampai tak perasan apa yang berubah!! haha

aku pon tak terkecuali la beb...
buktinya??? korang nak bukti eh??

aku beli baju saiz XS seperti yang selalu aku pakai dengan rasa 100% confident!
sekali balik dan try..
cehhhh... TAK MUAT!!!!

memang aku kadang-kadang tak perasan!
korang ada???? 

Monday 13 June 2011

thank GOD

i'm not underweight anymore!!
yeah..surely very happy..finally i got what i want damn much!
thank GOD..

***nak maintain tu yang susah***

keep on eating..hahahah like it

Friday 10 June 2011

Bersepai

Oleh kerana beg aku yang berat macam berat bongkah piramid tu telah menyebabkan muscle aku cedera, aku da nekad nak discover satu method baru untuk angkut barang dari tingkat 4 ke parking kereta. Idea tak berapa nak betul ni aku discover masa member aku, Cik Munah tengah dok urut-urut tangan aku yang dah makin parah guna minyak kayu merah..

Ideanya macam ni...

Parking kereta kat kaki lima betul-betul tepi hostel. Pastikan juga betul-betul depan tingkap bilik. Buka bonet kereta luas-luas. Packing barang dalam beg kemas-kemas. Then campakkan barang-barang tadi terus saja ke dalam bonet dari tingkap bilik. Aim betul-betul, jangan sampai barang-barang tu bersepai macam buah tembikai jatuh. Selamat mencuba!! Ada bran???


Wednesday 8 June 2011

kayangan

asal aku jadi student dan menginap di hostel ja mesti automatik aku akan jadi orang kelas atasan... tak pecaya???? meh sini aku nak buktikan..

form 1       - level 3
form 2-5   - level 2

matrik - hehe masa ni ja baru dapat merasa jadi orang bawahan.. Ground floor

1st year    - pun Ground floor (bangga kejap masa ni) haha relax-relax ja masuk bilik
2nd year  - level 4 (atas sekali) 
3rd year   - level 5 (bangunan lain) 

pastu keja...

then sambung balik study..

1st sem - level 5
2nd sem - level 4...

waaaaa.... mmg la aku orang kayangan!!!
penat la angkut barang..
grrrrrrrrrr...
makin tinggi blajar makin tinggi jugak tempat tido aku
berkadar langsung ka apa????

 

Sunday 5 June 2011

underweight

baru-baru ni dua orang bestfriend zaman sekolah menengah aku kawin..

so, masa ni lah baru jumpa balik BFF yang dah sekian lama tak sempat nak jumpa..

BFF ke tu?? Still...

bila jumpa ja automatik terpacul lah ayat yang tak berapa suka aku dengar..

" tengok tu..maintain ja..tak berubah langsung..slim"

serius aku memang  tak suka ayat ni..sebab aku serius nak gemuk!!! BMI aku underweight la!!!

nak ja aku jerit kuat-kuat..tapi BFF beb...jaga hati..aku senyum manis..

aku sayang BFF aku..