Thursday, 1 September 2011

Angin

ok tak ada mukadimah..aku main serbu ja kali ni..dah tak nyempat-nyempat dah ni nak cerita..

pagi tadi masa tengah ready nak breakfast kat kampungku yang tercinta lagi permai nun jauh di sungai dua Pulau Pinang, tiba-tiba aku rasa tercekik bila dengar nama aku disebut-sebut dalam perbualan yang semuanya melibatkan orang-orang tua..ok aku yang curi-curi dengar..haha tak da hal la tu kan setakat pasang telinga sikit-sikit..nak-nak bila diri sendiri terlibat sama..dalam perbualan yang kadang-kadang jelas kedengaran dan kadang-kadang tak dengar lansung tu telinga aku ada terdengar mak aku sebut aku ni unsur angin sebab aku anak ke empat..

hah unsur angain? kepala angin kah? berangin kah? atau apakah?

maka aku pun dengan perasaan ingin tahu yang sangat tinggi dengan segera mencapai lappy hitam legam berkilat ni untuk bertanya pada enjin pencarian yang serba tahu..lalu aku pun google-google la kata kunci yang bersesuaian dengan unsur angin tadi.. ok inilah hasilnya..

Wanita berunsur Angin 
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Mudah disukai ramai
  • Tidak suka membantah, malah cukup mendengar kata


lalu aku pun ..ha ha ha

2 comments:

  1. anak sulung unsur tanah kata orang tua2... nnti google2 eh..hehe

    ReplyDelete