Thursday, 26 May 2011

Bijak kan!



Seorang wanita bernama Senah (bukan nama sebenar) telah berjumpa dengan seorang pengurus bank, Murad (bukan nama sebenar)  untuk membuat pinjaman peribadi di sebuah bank terkemuka..


Senah : saya ingin membuat pinjaman sebanyak RM 10k
Murad: boleh saya tau pinjaman ini untuk apa puan?
Senah : saya ingin bercuti dan melancong ke Eropah selama 2 minggu
Murad : ooo..tak da masalah..tapi saya perlukan sesuatu yang berharga sebagai 
              cagaran pinjaman puan..
Senah : macam mana dengan kereta di luar sana..
            ** sambil menuding jarinya ke arah sebuah Rolls Royce yg berkilat **


Murad : tapi saya perlu semak dahulu adakah kereta tersbut benar-benar milik 
              puan
            
          ** Murad dengan rasa kurius pun terus check**
            
              baiklah..mmg benar kereta tersebut milik puan..so pinjaman puan akan 
              segera diproses. Puan boleh datang semula esok..


Keesokan harinya Senah kembali semula ke bank tersebut untuk menganbil wang dan menyerahkan kunci kereta yang dicagarnya kepada Murad dan dengan tergesa-gesa terus keluar dari bank..terpinga-pingalah Murad keseorangan....


Dua minggu kemudian Senah kembali ke bank tersebut dan berjumpa dengan Murad untuk memulangkan wang yang dipinjamnya..


Murad : faedah pinjaman puan ialah sebanyak RM30.25..
Senah  : baiklah..ini wang RM 10k berserta faedahnya..


Murad berasa tidak berpuas hati lalu bertanya kepada Senah...


Murad: puan, saya telah menyemak butiran peribadi puan dan saya dapati puan 
             sebenarnya seorang JUTAWAN! tetapi boleh saya tau kenapa puan 
             membuat pinjaman dan sanggup cagarkan kereta mewah puan 
             sedangkan puan ialah seorang jutawan?
Senah :ada tempat lain untuk menyimpan kereta saya dengan selamat 
             dan hanya dengan harga RM30.25??


Bijak kan!!!!

2 comments:

  1. Mana baik, bijak atau licik...?

    P/s: Uncle adalah TONSUREPHOBIA (fear of haircuts)

    ReplyDelete